SeminitResepi

Kek Choc Peanut Butter

Written on 10/24/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kek

  • 114 gram tepung kek
  • 130 gram gula kastor
  • 40 gram koko
  • 1 tspn baking soda
  • 1 tspn baking powder
  • 120 ml susu segar
  • 60 ml minyak jagung
  • Esen vanila
  • 1 biji telur
  • 120 ml air panas

Bahan Peanut buttercream

  • 225 gram unsalted butter
  • 150 gram peanut butter
  • 170 gram gula aising

Cara penyediaan

  •  Langkah 1

    Satukan susu segar, telur dan juga minyak jagung ke dalam bowl. Kacau sebati.

  •  Langkah 2

    Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering. Pastikan selalu kaup tepi bowl.

  •  Langkah 3

    Apabila sudah rata, masukkan air panas sedikit demi sesikit.

  •  Langkah 4

    Bakar menggunakan loyang 6 inci selama 40 minit dan suhu 145

  •  Langkah 5

    Untuk membuat peanut buttercream, pukul unsalted butter dan peanut butter hingga sebati.

  •  Langkah 6

    Masukkan gula aising sehingga habis. Putar sampai gebu. Krim sedia digunakan. Hias kek mengikut kreativiti.