SeminitResepi

Choc Brulee Cake

Written on 10/12/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan Kek moist

  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung kek
  • 1 tspn baking powder

Bahan Creme Brulee

  • 1 1/2 cawan whipping cream
  • 3 tbsp susu pekat
  • 3 biji kuning telur
  • 50 gram cream cheese

Bahan Choc mouse

  • 50 gram dark choc
  • 200 gram whipping cream
  • 1 tspn mocha emulco

Bahan Choc Ganache

  • 50 gram dark choc
  • 50 gram whipping cream

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Untuk membuat kek moist, satukan kesemua bahan melainkan telur, tepung kek dan baking powder.

  •  Langkah 2

    Apabila adunan sudah sedikit panas, masukkan telur yang telah dikocak terlebih dahulu. Kacau rata.

  •  Langkah 3

    Masukkan adunan tepung dan kacau rata. Masukkan ke dalam loyang dan bakar menggunakan kaedah ‘steam-bath’ selama 30 minit dan suhu 160.

  •  Langkah 4

    Untuk membuat creme brulee, panas kan kesemua bahan kecuali kuning telur. Pukul kuning telur di dalam bekas yang lain, dan masukkan adunan susu suam sedikit demi sedikit.

  •  Langkah 5

    Lapiskan adunan brulee di atas adunan kek coklat moist tadi. Sambung bakar lagi 30 minit.

  •  Langkah 6

    Untuk membuat choc mouse, cairkan coklat menggunakan microwave dan pukul whipping cream hingga kembang. Masukkan choc yang sudah cair dan mocha emulco ke dalam whipping cream.

  •  Langkah 7

    Lapiskan choc mouse ke atas kek yang sudah disejukkan. Dan lapiskan atas sekali denga choc ganache. Sejukkan dan sedia dihidang.