SeminitResepi

Kek Tapak Kuda

Written on 01/06/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 3 kuning telur
  • 108 gram gula
  • 66 gram tepung kek
  • 1 tspn susu lazz
  • 81 gram butter cair
  • 1 tspn ovellete
  • 1 tspn baking powder
  • Asen vanila
  • 1 tspn choc emulco
  • Nutella secukupnya

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul telur, gula dan ovellete hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan kering.

  •  Langkah 2

    Apabila adunan sudah kembang, masukkan asen vanila dan butter yg telaj dicairkan. Kacau secara kaup balik.

  •  Langkah 3

    Asingkan 1 mangkuk adunan dan masukkan choc emulco. Ini untuk adunan chocolate.

  •  Langkah 4

    Lapik loyang 10 inci dengan parchment paper, dan tuangkan adunan choc.

  •  Langkah 5

    Untuk lapisan adunan putih, digalakkan menggunakan piping bag supaya kek tidak berombak. Penuh kan loyang dengan adunan putih.

  •  Langkah 6

    Bakar kek selama 25 minit dan suhu 140°c.

  •  Langkah 7

    Potong kek kepada 2 bahagian, dan sapukan dengan nutella. Lipat kek kepada dua. Sejukkan dan sedia dihidang.