SeminitResepi

Popcorn Almond Caramel Power

Written on 03/16/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan popcorn

  • 1/2 cawan bertih jagung
  • 30 gram butter

Bahan caramel

  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 50 gram butter

Tambahan

  • Kepingan badam

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Cairkan butter, dan masukkan bertih jagung. Tutup periuk dan biarkan bertih jagung memecah.

  •  Langkah 2

    Untuk membuat caramel, masakkan gula sehingga hangus. (jangan terlalu hangus)

  •  Langkah 3

    Masukkan butter dan whipping cream secara berperingkat. Kacau rata.

  •  Langkah 4

    Masukkan popcorn tadi, dan badam. Kacau rata.

  •  Langkah 5

    Bakar popcorn pada suhu 130 darjah selama 10 minit sebanyak 3 kali. Sedia dihidang.