SeminitResepi

Resepi Kek Ondeh-Ondeh

Written on 05/11/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kek pandan

  • 75 gram tepung kek
  • 50 gram gula kastor
  • 1 sk ovelet
  • 50 ml santan
  • 2 biji telur
  • 35 ml minyak jagung
  • 1 sk paste pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan sos gula melaka

  • 1 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung

Bahan-bahan krim

  • 150 gram Creamcheese
  • 30 gram gula aising
  • 6 gram gelatin
  • 1/2 cawan sos gula melaka
  • 250 gram whipping cream

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kita mulakan dengan membuat sos gula melaka terlebih dahulu. Masakkan gula melaka dan air hingga cair. Kemudian masukkan air tepung jagung. Sejukkan.

  •  Langkah 2

    Untuk membuat kek span pandan, masukkan kesemua bahan untuk kek kecuali minyak jagung. Pukul adunan hingga kembang.

  •  Langkah 3

    Masukkan minyak jagung dan kacau secara kaup balik hingga sebati. Bakar suhu 145°c selama 30 minit. Sejukkan

  •  Langkah 4

    Untuk membuat krim, pukul gula aising dan Creamcheese hingga kembang, kemudian masukkan galatin yg sudah dilarutkan.

  •  Langkah 5

    Masukkan sos gula melaka ke dalam adunan creamcheese. Kacau rata.

  •  Langkah 6

    Dalam mangkuk yg lain, pukul whipping cream hingga kembang, dan satukan dengan adunan Creamcheese. Sedia digunakan.

  •  Langkah 7

    Kek ondeh-ondeh sedia dilapiskan dengan gula melaka yang telah diracikkan dan juga kelapa kering. Hias mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba