SeminitResepi

Spaghetti Aglio e Olio

Written on 09/14/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • 6-8 ulas bawang putih dihiris halus
  • Chili Flakes
  • Olive oil
  • Cheese
  • Pasta
  • Lada hitam

Tambahan

  • Udang dan kepah ikut suka
  • Herba seperti thyme, basil dan parsley

Cara Membuat

  • Langkah 1
    Rebus pasta sehingga masak, masukkan sedikit garam dan toskan dalam 6-8 minit.
     
  • Langkah 2
    Panaskan kuali dengan suhu rendah. Masukkan 3-4 tbsp olive oil.
     
  • Langkah 3
    Masukkan bawang putih yang dihiris, sedikit chili flake dan thyme. Biarkan masak secara perlahan.
     
  • Langkah 4
    Masukkan pasta dan 1/2 cawan air. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Masukkan udang dan kepah jika mahu.
     
  • Langkah 5
    Masukkan parmesan cheese dan daun herba seperti parsley dan basil. Gaul sebati. Hidangkan bila udang dan kepah masak.