SeminitResepi

Almond Donut

Written on 09/05/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 1/2 cawan air suam
  • 2 tbsp susu pekat
  • 2 tbsp gula
  • 11 gram yis

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 tbsp majerin
  • 1 tbsp baking powder
  • Sedikit garam

Topping

  • Coklat putih
  • Kepingan badam

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kacau susu pekat dan gula bersama air suam. Kemudian masukkan yis. Perap selama 5 minit atau pun yis kembang.

  •  Langkah 2

    Gaulkan kesemua bahan B hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan adunan yis yang sudah kembang tadi.

  •  Langkah 3

    Kacau rata dan perapkan selama 30 minit.

  •  Langkah 4

    Kemudian tumbuk adunan dan perap lagi 30 minit.

  •  Langkah 5

    Adunan sudah boleh diuli kepada bentuk yang anda suka. Perapkan lagi 20 minit. Goreng donut dengan minyak yang panas.

  •  Langkah 6

    Untuk topping, cairkan coklat putih dan celupkan donut kedalam coklat putih. Kemudian taburkan badam. Sedia dihidang