SeminitResepi

Sotong Goreng Rangup dari Jamie Oliver

Written on 08/30/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • Garam
  • Lada Sulah
  • 3 lemon
  • Oregano
  • 2 tbsp jintan manis
  • 300g tepung gandum
  • 12 ekor sotong
  • Minyak
  • Sedikit parsley

Cara Membuat

  • Langkah 1
    Siang sotong dan potong supaya melebar. Calarkan sotong dengan corak silang tanpa memotong sotong.
     
  • Langkah 2
    Sediakan mangkuk besar dan masukkan tepung, 1 tbps garam, 1tbsp lada sulah, 2 tbsp jintan manis, dan 1-2 tbsp oregano. Gaulkan sebati.
     
  • Langkah 3
    Masukkan sotong dan gaul supaya semua permukaan sotong disaluti rempah.
     
  • Langkah 4
    Hiris nipis lemon dan masukkan ke dalam mangkuk rempah dengan sotong tadi. Ambil segenggam parsley dan masukkan sekali. Gaul sebati dan biarkan dalam 5 minit.
     
  • Langkah 5
    Panaskan minyak dan goreng sotong dengan parsley dan hirisan lemon dalam 40 saat. Pastikan masukkan kepala sotong 1 minit awal.
     
  • Langkah 6
    Toskan dan sedia dihidang.