SeminitResepi

Original Cake

Written on 03/21/2018
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 45 gram tepung kek
  • 45 gram susu segar
  • 35 gram butter
  • 1 sudu baking powder

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 50 gram gula kastor
  • Esen vanila
  • Kepingan cheese

Cara Membuat

  • Langkah 1
    Panaskan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung. Kacau hingga pekat.
     
  • Langkah 2
    Masukkan kuning telur dan juga susu segar. Kacau sebati.
     
  • Langkah 3
    Dalam bekas lain, putar putih telur dan gula hingga kental. Kemudian satukan adunan putih telur dan kuning telur secara berperingkat.
     
  • Langkah 4
    Tuang kan 3/4 adunan ke dalam loyang 6 inci. Kemudia lapiskan dengan kepingan cheese. Tuangkan lebihan adunan.
     
  • Langkah 5
    Bakar pada suhu 145 darjah selama 35-40 minit menggunakan kaedah ‘double boiler’.
     
  • Langkah 6
    Sedia dihidang panas-panas. Selamat mencuba