SeminitResepi

French Fries Homemade Rangup

Written on 12/14/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • Kentang
  • Garam

Cara Membuat

  • Langkah 1
    Potong kentang secara memanjang dengan bentuk fries. Pastikan saiz sama besar supaya tempoh masak seragam.
     
  • Langkah 2
    Rendam kentang dengan air sejuk untuk seketika kemudian tos sehingga kering.
     
  • Langkah 3
    Masukkan minyak kedalam kuali dan buka api sederhana besar. Masukkan kentang dan biar selama 3-4 minit.
     
  • Langkah 4
    Sebelum kentang bertukar warna, keluarkan kentang dan toskan.
     
  • Langkah 5
    Kuatkan api pada minyak tadi kepada betul-betul panas. Masukkan kentang tadi semula dan masak sehingga warna keemasan. Sedia dihidang.