SeminitResepi

Ayam Panggang Harissa

Written on 08/27/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

  • Ayam 1 ekor
  • 4 biji lada benggala
  • 2 biji bawang besar
  • 1 tbsp garam
  • Lada hitam
  • 3-4 tbsp Extra virgin olive oil
  • Sedikit cuka
  • 4 tbsp Harissa (pes cili Afrika)

Cara Membuat

  • Langkah 1
    Potong 4  bawang besar dan koyakkan lada benggala. Masukkan garam, lada hitam, olive oil, cuka dan Harissa.
     
  • Langkah 2
    Potong dan bahagikan ayam kepada 2 bahagian dan buat sedikit belahan pada daging untuk mempercepatkan masak dan menyerap rasa.
     
  • Langkah 3
    Gomol semua bahan pada ayam dan taburkan sedikit garam diatas ayam.
     
  • Langkah 4
    Bakar dengan suhu 180°C selama 50 minit. Sedia dihidang.