SeminitResepi

Roti Sarang Lebah

Written on 08/24/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan roti

  • 290 gram tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 35 gram butter
  • 1/2 tbsp bread improver
  • 45 gram gula kastor
  • 11 gram yis
  • Secubit garam
  • 1 biji telur

Bahan sos karamel

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 25 gram butter
  • Sedikit garam

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Rendamkan yis bersama susu suam selama 5 minit.

  •  Langkah 2

    Dalam mangkuk lain, satukan tepung, butter, bread improver dan garam. Ramas sehingga sebati.

  •  Langkah 3

    Masukkan telur dan air campuran yis tadi. Uli dalam 10 minit.

  •  Langkah 4

    Kemudian perapkan doh selama 30 minit dan uli lagi 5 minit. Ulang proses 3 kali untuk mendapatkan hasil yang gebu.

  •  Langkah 5

    Akhir sekali, bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam loyang. Sapukan doh dengan kuning telur. Rehatkan sehingga kembang.

  •  Langkah 6

    Kemudian taburkan kacang di atas roti. Bakar suhu 145 darjah selama 20-25 minit.

  •  Langkah 7

    Untuk membuat sos karamel, cairkan gula perang. Kemudian masukkan butter. Apabila sudah sebati, masukkan whipping cream dan garam.

  •  Langkah 8

    Sos karamel sedia untuk dituang ke atas roti tadi. Selamat mencuba.