SeminitResepi

Cream Puff Chocolate

Written on 08/30/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan-bahan puff

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 50 ml air
  • 50 ml susu cair
  • 40 gram butter
  • 2 biji telur

Bahan krim coklat

  • 250 gram whipping cream
  • 1 sudu gula aising
  • 70 gram coklat

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Panaskan air, susu dan butter hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.

  •  Langkah 2

    Apabila doh sudah sejuk, masukkan telur 1 per 1. Kacau rata.

  •  Langkah 3

    Paipkan doh menggunakan nozal bintang. Bakar adunan 145 selama 20 minit, dan kecilakn suhu kepada 125 dan bakar lagi selama 20 minit. Biarkan sejuk.

  •  Langkah 4

    Pukul whipping cream bersama gula hingga kembang. Kemudian satukan dengan coklat yang sudah dicairkan.

  •  Langkah 5

    Picitkan krim kedalam puff yang sudah sejuk. Sedia dihidang.