SeminitResepi

Kek Black Forest

Written on 07/31/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan-bahan kek

  • 6 biji telur
  • 3/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan koko
  • 3/4 cawan gula
  • Asen vanila

Bahan-bahan krim

  • 200 gram unsalted butter
  • 100 gram cream cheese
  • 100 gram gula aising
  • 100 gram whipping cream

Bahan air ceri

  • Buah ceri
  • 2 sudu gula
  • 3/4 cawan air

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan tepung dan koko. Kacau secara kaup balik.

  •  Langkah 2

    Bakar suhu 150 selama 30 minit.

  •  Langkah 3

    Untuk buat krim, pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream cheese.

  •  Langkah 4

    Apabila sudah sebati, masukkan whipping cream.

  •  Langkah 5

    Untuk membuat air ceri, buah ceri hendak lah di masak bersama gula dan air. Air ini digunakan utk siram diatas kek.

  •  Langkah 6

    Kek boleh dilapiskan dengan krim dan buah ceri. Sedia dihidang ketika sejuk.