SeminitResepi

Nasi Tomato

Written on 10/13/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan nasi

  • 4 cawan beras
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu butter
  • 3 sudu minyak masak
  • Rempah kasar
  • 3 sudu tomato puri
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan ayam masak merah

  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 cawan cili kering (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Rempah kasar
  • 1 biji tomato

Bahan acar

  • 1 biji timun
  • 1/2 biji nenas
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang cili hidup
  • 3 sb cuka
  • 5 sb gula

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu.

  •  Langkah 2

    Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu.

  •  Langkah 3

    Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan.

  •  Langkah 4

    Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.

  •  Langkah 5

    Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau.

  •  Langkah 6

    Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

  •  Langkah 7

    Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang.

  •  Langkah 8

    Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang