SeminitResepi

Lava Cheesetart

Written on 07/25/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan-bahan crust

  • 110 gram tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 50 gram butter
  • 20 gram gula aising
  • Asen vanila

Bahan-bahan filling

  • 100 gram cream cheese
  • 50 gram mascarpone cheese
  • 50 gram whipping cream
  • 1 biji kuning telur
  • 30 gram gula aising
  • Asen vanila

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul butter dengan gula hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan asen vanila.

  •  Langkah 2

    Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan ke dalam bekas tart dan bakar 160 selama 15 minit.

  •  Langkah 3

    Pukul cream cheese bersama gula hingga gebu. Masukkan kuning telur dan asen vanila. Kacau rata.

  •  Langkah 4

    Kemudian masukkan mascarpone cheese dan whipping cream.

  •  Langkah 5

    Paipkan filling ke dalam bekas tart yang kita sudah bakar tadi.

  •  Langkah 6

    Bakar semula dengan suhu 160 selama 15 minit. Sedia dihidang.