SeminitResepi

Bihun Soto

Written on 07/24/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih

Bahan lain

  • 1/2 kg daging
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 buah pelaga
  • 1 1/2 sudu rempah sup
  • 1/2 sudu rempah ketumbar
  • Kiub ayam

Bahan begedil

  • 4 biji kentang
  • 2 biji telur
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Saleri
  • Bawang goreng
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit tepung

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Tumis rempah kasar sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.

  •  Langkah 2

    Masukkan rempah sup dan ketumbar, kemudian masukkan sedikit air. Tumis hingga naik bau.

  •  Langkah 3

    Masukkan daging dan stok ayam. Rebus hingga daging empuk. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam.

  •  Langkah 4

    Kuah soto sedia dihidang bersama meehoon atau pun ketupat.

  •  Langkah 5

    Untuk buat begedil, kentang haruslah direbus empuk terlebih dahulu.

  •  Langkah 6

    Lenyekkan kentang dan masukkan telur, daun sup, daun bawang, saleri, bawang goreng, garam dan gula.

  •  Langkah 7

    Goreng begedil dengan menggunakan minyak panas. Sedia dihidang bersama soto.