SeminitResepi

Mee Bandung

Written on 10/01/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan kisar

  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 genggam cili kering

Bahan lain

  • Mee kuning
  • 250 gram daging
  • Udang
  • Sawi
  • Fish ball
  • Fish cake
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 6 biji telur
  • Gula
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Tumis bahan kisar sehingga masak (jangan sampai garing).

  •  Langkah 2

    Masukkan sos tiram dan air.

  •  Langkah 3

    Apabila menggelegak masukkan daging rebus yang dipotong nipis.

  •  Langkah 4

    Kemudian masukkan fish ball, fish cake dan sawi.

  •  Langkah 5

    Setelah 5 minit, masukkan telur dan udang.

  •  Langkah 6

    Perasakan dengan garam dan gula. Sedia dihidang bersama mee kuning dan bawang goreng.