SeminitResepi

Frambozen Kenari

Written on 07/24/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 gram tepung gandum
  • 80 gram gula aising
  • 110 serbuk badam
  • 195 gram butter
  • 80 gram susu lazz
  • Esen Vanila

Bahan B

  • 60 gram putih telur
  • 70 gram gula kastor
  • 2 tspn tepung jagung

Hiasan

  • Kepingan badam
  • Jem bluberi

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur. Kacau rata.

  •  Langkah 2

    Masukkan kesemua tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

  •  Langkah 3

    Masukkan ke dalam loyang dan padatkan. Cucuk adunan dengan menggunakan garfu. Bakar suhu 150 selama 20 minit.

  •  Langkah 4

    Keluarkan doh yang sudah dibakar, sapukan jem bluberi. Ketepikan.

  •  Langkah 5

    Pukul putij telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung jagung.

  •  Langkah 6

    Letakkan adunan putih telur ke atas adunan yang mula2 kita buat.

  •  Langkah 7

    Bakar 125 selama 1 jam. Sedia dihidang.