SeminitResepi

Tepung Pelita

Written on 10/10/2017
Syafiq Zahidi


Bahan-bahan

Bahan lapisan hijau

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 5 helai daun pandan
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu tepung jagung

Bahan lapisan putih

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • Garam
  • 250 ml santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • *sengkuang dan daun pisang

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Untuk membuat lapisan hijau, masukkan kesemua bahan dan masak hingga berkilat.

  •  Langkah 2

    Di dalam bekas pelita yang dibuat, taburkan sengkuang dan isikan lapisan hijau separuh bekas. Sejukkan.

  •  Langkah 3

    Untuk membuat lapisan putih, satukan kesemua bahan dan masak hingga berkilat.

  •  Langkah 4

    Penuhkan lapisan putih di dalam bekas lapisan hijah tadi.

  •  Langkah 5

    Sejukkan dan sedia dihidang.