Chocolate Stick

Chocolate Stick



Bahan-bahan

  • 25 keping kulit popia
  • 250g badam cincang
  • 200g serbuk roti
  • 1 cawan coklat masakan
  • 1 1/2 minyak masak

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Sangaikan badam cincang.

  •  Langkah 2

    Kulit popia dipotong 3 dan digulung. Goreng semua kulit popia yang digulung hingga keperang-perangan.

  •  Langkah 3

    Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.

  •  Langkah 4

    Gaul badam cincang tadi bersama serbuk roti.

  •  Langkah 5

    Celupkan kulit popia yang telah digoreng ke dalam coklat dan gaulkan dengan campuran badam dan serbuk roti. Sedia dihidang.