Semperit Susu Gebu

Semperit Susu Gebu



Bahan-bahan

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Esen vanila
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastad

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kacau butter dengan susu sehingga sebati (tidak perlu kembang).

  •  Langkah 2

    Masukkan esen vanila kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati.

  •  Langkah 3

    Bentukkan semperit pada dulang dan letak coklat diatasnya sebagai hiasan.

  •  Langkah 4

    Bakar selama 25-40 minit dengan suhu 150°C bergantung pada oven masing-masing. Sedia dihidang.