Asam Pedas Tok Mi

Asam Pedas Tok Mi



Bahan-bahan

Kisar

  • Segenggam cili kering
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 halia
  • 1/2 lengkuas
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih

Masak

  • 1/2 sudu teh halba
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
  • 1 sudu makan asam jawa
  • Ikan (pilihan sendiri)

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Kisar semua bahan kisar dan panaskan minyak. Masukkan halba kemudian tumis sekali bahan kisar sehingga pecah minyak.

  •  Langkah 2

    Masukkan air secukupnya dan apabila sudah menggelegak, masukkan semua bahan masakan. Perasakan dengan garam, gula dan asam jawa.

  •  Langkah 3

    Apabila ikan sudah masak, Asam Pedas Tok Mi sedia dihidang.