Ovo Almond London



Bahan-bahan

  • 100 gram salted butter
  • 50 gram minyak sapi
  • 2 tbsp gula aising
  • 1 tbsp susu segar
  • esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung red rosses

Bahan lain

  • Badam secukupnya (50 gram)
  • badam cincang secukupnya
  • Ovomaltine
  • 1 tbsp cocoa butter

Cara-cara

  1. Satukan butter minyak sapi dan gula aising. Kemudian kacau separa kembang.
  2. Masukkan pula susu segar dan esen vanila. Kacau rata

  3. Masukkan pula bahan selebihnya, uli hingga boleh dibentuk. Pastikan doh tidak terlalu keras.

  4. Balutkan badam yang telah dibakar, (Sila rujuk video)

  5. Bakar suhu 150c selama 20 minit

  6. Cairkan ovomaltin bersama cocoa butter, lalu tuangkan ke atas biskut tadi (rujuk video)

  7. Sejukkan di dalam peti dalam 5 minit, kemudian simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba