Resepi Tart 2 Benua - Seminit Resepi

Tart 2 Benua



Resepi : Tart 2 Benua

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Tart Shell

  • 100 gram unsalted butter
  • 25 gram minyak sapi
  • 10 gram gula aising
  • 1biji kuning telur
  • 240 gram tepung gandum
  • 1tspn esen vanila

Bahan Lain

  • Coklat putih
  • Coklat gelap
  • Badam

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati. Butter hendaklah mencapai suhu bilik dan DILARANG kacau hingga kembang.

  2. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna jika mahu. Kacau sebati.

  3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan bakar 150c selama 30 minit

  5. Bakar badam bersama tart shell.

  6. Cair coklat dan paipkan ke dalam shell yang telah sejuk.

  7. Letakkan badam dan sedia dihidang