Resepi : Semperit Ombre
Buku Resepi : www.seminitresepi.my
Bahan-bahan
- 230 gram buttercup
- 20 gram minyak sapi
- 90 gram gula aising
- 115 gram tepung kastad
- 110 gram tepung jagung (tambah jika perlu)
- 160 gram tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- Esen vanila
- Pewarna
Cara-cara
-
Gaul rata buttercup, minyak sapi dan gula aising hingga sebati. Masukkan pula kuning telur dan juga esen vanila. Gaul rata sahaja.
-
Kemudian masukkan pula bahan-bahan lain. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Tambah sedikit demi sedikit tepung jagung jika doh terlalu lembik.
-
Warnakan doh mengikut warna yang anda suka. (Rujuk video)
-
Paipkan doh menggunakan acuan semperit. Bakar suhu 150 selama 25 minit. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.