Resepi Brownies Crunchy - Seminit Resepi

Brownies Crunchy



Resepi : Brownies Crunchy

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 100 gram gula aising
  • 100 gram tepung kek
  • 80 gram unsalted butter
  • 240 gram dark chocolate
  • Sedikit garam
  • Esen vanila
  • Kepingan badam

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata

  2. Kemudian masukkan pula esen vanila.

  3. Dalam mangkuk bersih, satukan dark chocolate bersama butter. Cairkan menggunakan microwave.

  4. Satukan adunan chocolate bersama adunan tepung. Kacau rata.

  5. Tuang adunan ke atas loyang, dan ratakan (rujuk video)

  6. Taburkan kepingan badam dan bakar suhu 150°C selama 25 minit.

  7. Apabila sudah masak, potong brownies crunchy ketika masih panas. Sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.