SeminitResepi

Biskut Sarang Semut



Bahan-bahan

  • 250 gram butter
  • 350 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung jagung
  • 100 gram gula
  • 1 biji kuning telur
  • Pewarna kuning
  • Asen vanila
  • Choc rice

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul butter dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur, kacau rata.

  •  Langkah 2

    Masukkan asen vanila dan sedikit pewarna kuning. Kacau rata.

  •  Langkah 3

    Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

  •  Langkah 4

    Parutkan doh supaya jadi seperti sarang semut.

  •  Langkah 5

    Masukkan dalam paper cup. Bakar suhu 150 selama 20 minit. Sedia dihidang.