SeminitResepi

Biskut Lidah Kucing



Bahan-bahan

  • 250 gram butter
  • 200 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung jagung
  • 160 gram gula kastor
  • 3 biji putih telur
  • 1/4 sudu emplex
  • Esen vanila
  • Pewarna makanan

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex.

  •  Langkah 2

    Pada bekas lain, pukul butter dan gula sehingga kembang kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit.

  •  Langkah 3

    Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul.

  •  Langkah 4

    Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang anda inginkan dan gaul setiap adunan dengan pewarna.

  •  Langkah 5

    Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke pada loyang. Rujuk video.

  •  Langkah 6

    Bakar pada suhu 150°C selamat 20 minit. Sedia dihidang.