SeminitResepi

Biskut Coklat Chip Kacang



Bahan-bahan

  • 125g butter
  • 50g gula merah
  • 150g tepung gandum
  • 2 sudu makan Lazz Susu Kambing
  • Sedikit garam
  • Sebiji telur
  • Esen vanila
  • 50g coklat cip
  • 25g hazelnut
  • 25g walnut
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh baking powder

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Pukul butter dan gula merah hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila dan garam. Pukul sehingga sebati.

  •  Langkah 2

    Masukkan semua tepung. Pastikan ayak terlebih dahulu kemudian gaul rata.

  •  Langkah 3

    Masukkan coklat chip dan kacang (walnut+hazelnut) yang dicincang.

  •  Langkah 4

    Simpan doh dalam peti sejuk sekurang-kurangkan 1 jam.

  •  Langkah 5

    Susun doh pada dulang dengan saiz setengah sudu untuk setiap bahagian. Bakar pada suhu 125°C selama 30 minit. Sedia dihidang.