SeminitResepi

Nasi Goreng Kampung



Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi
  • 1 biji bawang merah
  • 10 biji cili padi
  • Ikan bilis
  • Kangkung
  • Capsicum
  • Kiub pati ayam
  • Daging

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Goreng garing ikan bilis dan ketepikan.

  •  Langkah 2

    Racik halus bawang besar dan capsicum. Tumbuk lumat cili padi dan sedikit ikan bilis.

  •  Langkah 3

    Panaskan kuali, dan letak sedikit minyak untuk goreng daging. Apabila daging sudah masak, keluarkan daging dari kuali.

  •  Langkah 4

    Tumis bawang, ikan bilis tumbuk, cili padi dan capsicum hingga layu. Masukkan kiub pati ayam dan kangkung.

  •  Langkah 5

    Apabila kangkung sudah hampir layu, masukkan daging yang telah dimasak tadi. Kacau rata.

  •  Langkah 6

    Masukkan nasi dan ikan bilis goreng. Perasakan jika perlu. Sedia dihidang.