Popia Sambal Manis

Popia Sambal Manis



Bahan-bahan

Sambal

  • Segenggam cili kering
  • 1 sudu udang kering
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam secukup rasa

Popia

  • Kulit popia
  • Karot
  • Sengkuang

Cara Membuat

  •  Langkah 1

    Rebus cili kering hingga lembut dan kisar bersama bawang putih dan udang kering. Tambahkan sedikit air sahaja.

  •  Langkah 2

    Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan masak hingga mendidih.

  •  Langkah 3

    Kemudian masukkan gula dan garam.

  •  Langkah 4

  • Sagat karot dan sengkuang hendahlah dipotong mancis.

  •  Langkah 5

    Toskan sayur atas tisu supaya sayur kering.

  •  Langkah 6

    Gulungkan sayur menggunakan kulit popia dan pastikan lekat menggunakan air supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.

  •  Langkah 7

    Goreng popia dengan api yg sederhana kuat dan minyak hendaklah betul2 panas.

  •  Langkah 8

    Golekkan popia yg telah digoreng bersama sambal manis. Taburkan bijan dan sedia dihidang