Sambal Garing Udang Berlada



Bahan-bahan

  • 1 pek tauhu telur
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 biji bawang merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 2 batang serai
  • 6 helai daun limau purut
  • 8 ekor udang harimau
  • Gula
  • Garam
  • 2 tbsp Sambal Garing Udang

Cara-cara

  1. Potong tauhu telur, lalu bedakkan dengan tepung jagung. Goreng hingga keperangan kemudian angkat dan toskan.
  2. Kisar bawang dan cili padi. Setelah itu, tumiskan bersama serai dan daun limau purut.

  3. Apabila sudah garing, tambah kan Sambal Garing Udang dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.

  4. Apabila semua sudah sebati, masukkan udang. Biarkan sehingga udang masak.

  5. Akhir sekali, masukkan tauhu telur yang di goreng tadi. Gaul manja sahaja.

  6. Sedia dihidang bersama nasi panas. Selamat mencuba