Resepi Roti John Leleh - Seminit Resepi

Roti John Leleh



Bahan-bahan

  • 1/2 cawan daging cincang
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 tbsp cili kisar
  • 1 tbsp serbuk kari
  • Sedikit daun sup
  • 1/4 tsp AJI-NO-MOTO®️
  • 1/2 tsp Garam
  • 1/2 tbsp gula
  • 3 biji telur

Bahan lain

  • Kubis
  • Salad
  • Lobak merah
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos cheese
  • Roti panjang

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang holland hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
  2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis lagi hingga pecah minyak

  3. Setelah itu, masukkan daging kisar. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®️, garam dan gula. Masak hingga daging empuk.

  4. Pecahkan 3 biji telur ke dalam daging yang telah dimasak tadi. Tambahkan juga daun sup. Kacau rata dan tuang atas kuali.

  5. Letakkan roti panjang dan biar hingga masak.

  6. Angkat roti lalu taburkan sayuran dan paipkan sos kegemaran anda.

  7. Roti john sedia dihidang.