Resepi Nasi Beriyani Daging - Seminit Resepi

Nasi Beriyani Daging



Untuk dapatkan produk dari DAPO HAUS boleh dapatkan dari agent berdaftar atau boleh terus ke : hauscosmetics.com.my/ecommerces/combo/107

Bahan Nasi 

  • 1 tbsp minyak sapi
  • 2 pot beras basmathi
  • 1 tbsp pes beriyani dapo haus

Bahan Daging

  • 2 tbsp minyak sapi
  • 1/2 kg daging
  • 1 paket pes beriyani
  • 3 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • Gula
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan Acar

  • Nenas
  • Timun
  • Bawang hiris
  • Cili hiris
  • Gula
  • Garam
  • Cuka

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam rice cooker, lalu masukkan pes beriyani. Setelah itu, masukkan beras. Tambah air seperti biasa. Masak nasi hingga kering.
  2. Untuk daging, panaskan minyak sapi, lalu masukkan pes beriyani. Tumis seketika, lalu masukkan daging dan air.

  3. Gunakan periuk tekanan untuk daging cepat empuk. Setelah itu, masukkan kentang dan perasakan.

  4. Masak hingga kuah agak kering. Masukkan pula bawang. Kepekatan kuah bergantung kepada anda.

  5. Untuk acar pula, potong semua bahan dan satukan. Gaul rata

  6. Hidang nasi beriyani bersama gulai daging dan acar. Selamat mencuba