Resepi Castella Choclate Cake - Seminit Resepi

Castella choc cake (6 inci)



Untuk dapatkan product dari PerySmith Malaysia ,

Mixer : https://t.productlink.io/a0532ma

Air Fryer : https://t.productlink.io/a05346d

Bahan A

  • 50 gram susu segar
  • 20 gram dark choc
  • 50 ml minyak jagung
  • 4 biji kuning telur
  • 45 gram tepung kek
  • 10 gram serbuk koko
  • 1 tsp baking powder
  • Esen vanila

Bahan B

  • 4 biji putih telur
  • 70 gram gula kastor

Cara-cara

  1. Cairkan choc bersama susu. Apabila adunan sudah suam, masukkan kuning telur. Kacau rata
  2. Masukkan juga minyak jagung dan esen vanila. Kacau rata. Masukkan pula bahan2 lain. Kacau rata dan ketepikan

  3. Di mixing bowl, pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor. Pukul hingga medium peak.

  4. Rujuk video cara satukan kedua adunan. Loyang 6 inci

  5. Bakar menggunakan air fryer 140c selama 50 minit.

  6. Selamat mencuba.