Resepi Ayam Percik Pasar Malam Style - Seminit Resepi

Ayam Percik Pasar Malam Style



Untuk dapatkan Product dari Sangla Foods, Extra Virgin Olive Oil : https://t.productlink.io/a05372z

Bahan perap ayam

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia muda
  • 7 tangkai cili kering
  • Sedikit kunyit
  • Gula
  • Garam
  • Pewarna merah
  • 5 kepak ayam

Bahan Kuah

  • 2 tbsp sos cili
  • 2 tbsp madu
  • Sedikit gula melaka
  • Air 1 cawan
  • 1 tbsp tepung jagung
  • Garam

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan perapan ayam kecuali ayam.
  2. Tuangkan bahan2 kisar dan masak bersama ayam sehingga ayam hampir masak

  3. Setelah itu, bakar ayam anda. Jika guna air fryer, bakar 200c dalam 10 minit atau hingga perang. Sapukan dengan olive oil sebelum bakar

  4. Untuk kuah, gunakan lebihan perapan ayam tadi dan campurkan kesemua bahan kecuali tepung jagung.

  5. Masak hingga berkilat dan masukkan tepung jagung. Perasakan ikut selera anda.