Resepi Mangga Cheese Cake | Tak perlu bakar - Seminit Resepi

Mangga Cheese Cake | Tak perlu Bakar



Bahan Tapak

  • 100 gram biskut tiger
  • 60 gram unsalted butter

Bahan Cheesecake

  • 250 gram cream cheese
  • 100 gram gula aising
  • 250 gram dairy whipping cream
  • 5 gram gelatin

Bahan Mangga Puri

  • 1 biji mangga (kisar)
  • 1 biji mangga (dadu)
  • 1 tbsp gula
  • 3 gram gelatin

Cara-cara

  1. Kisar biskut tiger hingga halus, lalu masukkan butter yang telah dicair kn. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang 6 inci. Padatkan lalu sejukkan dalam peti.
  2. Putar creamcheese terlebih dahulu, kemudian masukkan gula aising. Pukul sehingga sedikit kembang.

  3. Setelah itu, masukkan whipping cream. Kacau rata

  4. Masukkan pula gelatin yg sudah dicair kan. Kacau rata

  5. Tuang adunan cheese ke dalam loyang. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam

  6. Setelah itu, campurkan mangga dan gula. Masak hingga pekat. Lalu masukkan gelatin. Kacau rata.

  7. Tuangkan ke atas cheesecake tadi. Pastikan mangga puri tidak terlalu panas.

  8. Sejukkan dan sedia dihidang