Resepi Kuih Cara Lauk & Cara Manis - Seminit Resepi

Kuih Cara Lauk & Cara Manis



Untuk dapatkan Waffer Maker dari PerySmith Malaysia : https://t.productlink.io/a05310a

Bahan adunan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 100 ml santan
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit
  • Pandan emulco

Bahan Kari Daging

  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 tbsp cili giling
  • 1 tbsp serbuk kari daging
  • Sedikit air
  • 3 tbsp daging cincang
  • Gula
  • Perasa Bahan lain
  • Cili hidup
  • Gula

Cara-cara

  1. Masak kari daging terlebih dahulu. Tumis bawang yang dimayang sehingga keperangan. Setelah itu, masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan pula serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.

  3. Setelah itu, masukkan daging cincang dan masak hingga lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Ketepikan

  4. Untuk adunan, kacau semua bahan kecuali serbuk kunyit dan pandan emulco.

  5. Bahagikan adunan kepada 2, satu letak serbuk kunyit utk cara berlauk. 1 lagi letak pandan emulco utk cara manis

  6. Rujuk video cara masak. Selamat mencuba.