Resepi Kuih Boko Ubi Kayu - Seminit Resepi

Kuih Boko Ubi Kayu



Untuk dapatkan product dari Giselle,

Hand Blender : https://t.productlink.io/a0532ou

Infrared Cooker : https://t.productlink.io/a0532hf

Multifuntion Cooker : https://t.productlink.io/a0532hg

Bahan lapisan bawah

  • 2 cawan ubi kayu parut
  • 1 ketul besar gula melaka
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan

Bahan lapisan atas

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 tbsp gula
  • Daun pandan
  • Garam

Cara-cara

  1. Kisar ubi kayu terlebih dahulu bersama sedikit air, kemudian tapiskan. Tidak perlu tekan untuk keluarkan air. Kemudian buang air yg berwarna kuning sahaja, dan ambil yang putih.
  2. Masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Setelah itu, masukkan ubi kayu tadi.

  3. Masukkan ke dalam bekas pilihan anda, kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.

  4. Setelah itu, sejukkan.

  5. Untuk lapisan atas, masak semua bahan sehingga sedikit pekat. Jika terlalu pekat, boleh tambahkan air. Adunan atas perlu sedikit masin.

  6. Setelah itu, tuangkan ke atas ubi yang telah kita rebus tadi. Sejukkan dan sedia dihidang.