Resepi Pau Ayam Gebus - Seminit Resepi

Pau Ayam Gebus



Untuk dapatkan Product dari Russell Taylors : https://t.productlink.io/a053248

Bahan Pau Gebus

  • 290 gram tepung pau
  • 6 gram yis kering
  • 1/2 tbsp baking powder
  • 1 tsp bread improver
  • Garam sedikit
  • 30 gram gula
  • 170 gram air
  • 50 gram minyak jagung

Bahan Kari Ayam

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 2 tbps cili giling
  • 3 biji kentang
  • 1 keping ayam kisar
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan pau ke dalam bread maker, dan gunakan menu knead sebanyak 3 kali untuk pau lebih gebus.
  2. Sementara itu, kita masak inti pau. tumis dahulu daun kari dan bawang cincang hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.

  3. Apabila sudah cantik, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan ayam kisar, masak hingga air ayam sedikit kering.

  4. Akhir sekali, masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan juga sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula

  5. Tutup periuk tekanan anda dan masak selama 5 minit sahaja.

  6. Ambil doh pau tadi, bulatkan dan masukkan inti. Rujuk video.