Resepi Nasi Minyak Lamb Shank - Seminit Resepi

Nasi Minyak Lamb Shank



untuk dapatkan product dari Perry Smith : https://t.productlink.io/a05310a

Bahan Lamb Shank

  • 4 ketul lamb shank
  • 1 paket perencah nasi arabest
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 tbsp tepung gandum
  • 1 batang lobak merah
  • Tomato ceri

Bahan Nasi Minyak

  • 2 tbsp minyak sapi
  • Rempah kasar
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 helai daun pandan
  • 1 paket beras nasi arabest
  • 1/4 cawan susu cair
  • Perasa dan pewarna kuning
  • Air secukupnya

Bahan Dalca Sayur

  • 3 tangkai daun kari
  • Rempah kasar
  • 3 tbsp cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 1/2 cawan dhal
  • Lobak merah
  • Terung
  • Kentang
  • Kacang panjang
  • Perasa
  • Garam
  • Gula

Sambal letup

  • 1/2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang cili hidup
  • 15 batang cili padi
  • 1 inci belacan
  • 5 biji limau kasturi
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Kita perlu masak lamb shank terlebih dahulu. Tumiskan bwang yang dicincang bersama minyak arabest. Setelah layu, masukkan rempah arabest. Tambahkan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Setelah itu, masukkan lamb shank dan masak seketika.

  3. Tambahkan air sedikit dan peraskan dengan garam dan gula jika perlu. Masukkan lobak dan biar menggelegak.

  4. Setelah itu, masukkan periuk casserole ke dalam oven pre heated 180c dan masak selama 2 jam. Tambahkan air tepung gandum supaya kuah jadi pekat.

  5. Sementara tunggu lamb shank masak, kita sediakan dalca sayur.

  6. Dengan menggunkan periuk tekanan, tumis daun kari dan rempah kasar, kemudian masukkan bawang dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi hingga pecah minyak.

  7. Setelah itu, masukkan air dan dhal. Rebus hingga separuh masak, lalu masukkan bahan2 lain. Perasakan dengan garam dan gula. Biar hingga empuk.

  8. Untuk nasi minyak, cairkan minyak sapi lalu masukkan rempah kasar. Setelah itu, masukkan bawang dan daun pandan. Masukkan juga susu cair dan perasa dan warna. Akhir sekali masukkan beras dan air secukupnya. Masak seperti biasa.

  9. Akhir sekali, kita buat sambal letup. Bakar dulu bahan2 kecuali limau kasturi. Setelah itu, kisar semua bahan bersama air limau dan sedikit kulit limau. Perasakan dengan garam dan gula. Tambah juga sedikit air.