Bihun Sup Tulang - Seminit Resepi

Bihun Sup Tulang



Bahan-Bahan

  • 1kg tulang
  • 2 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut tulang
  • 1 ikat daun bawang
  • 2 biji bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1/2 paket perencah sup tulang
  • * Perasa

Bahan Sambal Kicap

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang cili hidup
  • 10 batang cili padi
  • 3 biji limau kasturi
  • 1/2 tbsp Garam
  • 4 tbsp Gula
  • Kicap

Cara-cara

  1. Rebus tulang menggunakan pressure cooker Russell Taylors bersama halia ketuk, sup bunjut dan juga daun bawang. Guna kan mode seperti di video.
  2. Apabila sudah siap, gunakan bowl yang lain, tumis pula bahan bertanda * menggunakan pressure cooker juga. (rujuk video cara setting)
  3. Masukkan tulang dan sedikit air rebusan tulang tadi supaya sup tidak terlalu rasa hanyir lembu.
  4. Perasakan dan tutup periuk, set ke mode sepeeti di video.
  5. Untuk sambal kicap, kisar halus semua bahan. Tambah garam dan gula ikut citarasa anda.
  6. Rujuk video cara menghidang bihun sup tulang. Selamat menjamu selera.