Resepi Honey Butter Chicken - Seminit Resepi

Honey Butter Chicken



Resepi : Honey Butter Chicken

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Perapan

  • Isi ayam 1 cawan
  • Susu segar 1/4 cawan
  • 3 tbsp tepung gandum
  • 3 tbsp tepung jagung
  • 1 tsp bawang putih
  • Sedikit lada hitam
  • Garam

Bahan  Salutan

  • 2 tbsp butter
  • 3 biji bawang putih
  • 1 tbsp kicap
  • 2 tbsp gula
  • 1 tbsp madu

Cara-cara

  1. Perapkan potongan ayam bersama susu segar sekurangnya 30 minit. Kemudian masukkan bahan lain. Gaul rata

  2. Goreng ayam sebanyak 2 kali sehingga garing (rujuk video)

  3. Setelah itu, cair kan butter dan masak bawang putih yang telah dicincang halus.

  4. Apabila sudah naik bau, masukkan gula dan madu. Jangan lupa juga masukkan kicap. Perasakan dengan garam jika perlu

  5. Setelah itu, masukkan ayam tadi dan gaul rata.

  6. Akhir sekali, taburkan bijan sangai. Sedia dihidang