Resepi Nasi Bukhari Kambing Pressure Cooker - Seminit Resepi

Nasi Bukhari Kambing Pressure Cooker



Resepi : Nasi Bukhari Kambing Pressure Cooker

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 1kg kambing
  • Halia
  • 3 tbsp minyak sapi
  • 10 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 batang cili hijau
  • 2 tbsp rempah bukhari
  • 2 tbsp tomato puri
  • 1/2 ikat daun ketumbar
  • 3 tangkai daun pudina
  • Pewarna kuning
  • Garam
  • Gajus
  • Kismis
  • 3cawan Beras basmati 

Bahan  Sambal

  • 2 batang cili hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 ikat daun ketumbar
  • 3 biji tomato cerry
  • Air limau kasturi
  • Gula
  • Garam

Bahan  Sayur

  • Lettuce
  • Timun
  • Tomato
  • Lemon

Cara-cara

  1. Rebuskan kambing dengan halia ketuk menggunakan periuk tekanan untuk daging cepat masak. Gunakan menu chicken dan biarkan mesin bekerja.

  2. Setelah itu, rebus beras basmati yang telah direndamkan selama 3 jam. Rebus 3/4 masak sahaja.

  3. Dengan menggunakan periuk tekanan, tumis bawang holland cincang dan bawang putih bersama minyak sapi. Tumis sehingga garing sahaja.

  4. Selepas itu, masukkan cili hijau, rempah, tomato puri, daun ketumbar, dan pudina.

  5. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak. Warnakan sedikit, dan masukkan gajus serta kismis. Kacau rata.

  6. Masukkan kambing tadi dan masak seketika. Tambah sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam dan gula.

  7. Kemudian masukkan nasi separa masak tadi. Gaul rata dan tutup periuk. Masak lagi 5 minit.

  8. Untuk buat sambal, satukan kesemua bahan dan kisar kasar.

  9. Potong kesemua sayuran dan perahkan sedikit lemon.

  10. Perasakan air rebusan kambing tadi dan nasi bukhari sedia dihidang