Resepi Roti Jala Ros - Seminit Resepi

Roti Jala Ros



Resepi : Roti Jala Ros

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti Jala

  • 1 cawan gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • Garam
  • Pewarna

Bahan Kari Ayam

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia muda
  • 3 tangkai daun kari
  • Rempah kasar
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 1 tbsp serbuk cili
  • 1 1/2  Daging ayam
  • 1 cawan Kentang
  • 1/4 cawan Santan
  • Gula
  • Garam
  • 1 asam keping

Cara-cara

  1. Kisar halus semua bahan untuk roti jala kecuali pewarna. Kemudian tapiskan.

  2. Warnakan kepada, pink, kuning dan hijau Rujuk video cara buat roti jala ros.

  3. Setelah siap, kita boleh masak kari ayam. Tumis rempah kasar dan daun kari.

  4. Kemudian masukkan bawang, halia yang telah dihiris nipis. Tumis sehingga garing.

  5. Kemudian masukkan rempah kari ayam dan serbuk cili.

  6. Letakkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

  7. Setelah itu, masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masak seketika dan masukkan air.

  8. Perasakan dengan garam dan gula serta asam keping

  9. Apabila ayam sudah masak, masukkan kentang. Masak lagi.

  10. Akhir sekali, masukkan santan. Kacau rata dan sedia dihidang bersama roti jala ros. Selamat mencuba