Resepi Ayam Cincalok Tunku Azizah - Seminit Resepi

Ayam Cincalok Tunku Azizah



autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen>

Resepi : Ayam Cincalok Tunku Azizah

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 botol cincalok
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • Tomato cherry
  • Kicap
  • Daun sup
  • Cili padi

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dengan cincalok.

  2. Sementara itu, hiris bawang putih dan halia halus. Potong bawang besar secara dadu.

  3. Belahkan cili padi mengikut kepedasan yang diingin. Titik kan serai.

  4. Panas kan kuali dengan minyak zaiton, kemudian masukkan serai.

  5. Apabila naik bau, masukkan ayam tadi. Biarkan sehingga ayam masak.

  6. Masukkan pula bahan lain kecuali daun sup. Biarkan sehingga sebati.

  7. Setelah ayam masak, tabur kan daun sup. Selamat mencuba