Resepi Sambal Belacan Mangga Muda - Seminit Resepi

Sambal Belacan Mangga Muda



Resepi : Sambal Belacan Mangga Muda

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 1/2 biji mangga
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 inci belacan
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili hidup
  • 3 biji tomato ceri
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Bakar belacan dan juga bawang merah terlebih dahulu. Ketepikan

  2. Kupas mangga muda dan cincang halus (rujuk video) potong dan ketepikan

  3. Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga, dan perasakan dengan garam dan gula.

  4. Akhir sekali, masukkan mangga dan gaul rata. Sedia dihidang.