Resepi Ayam Kampung Salai - Seminit Resepi

Ayam Kampung Salai



Resepi : Ayam Kampung Salai

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 1 ekor ayam kampung
  • 2 1/2 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 asam keping
  • 2 biji kelapa parut (ambil santan)
  • Gula
  • Garam
  • 3 batang serai
  • 2 biji kentang

Cara-cara

  1. Salai ayam kampung terlebih dahulu dan potong kecil. Ketepikan

  2. Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi

  3. Tumis kan sekejap bahan tumbuk dan serai yang dititik sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan ayam dan santan cair.

  5. Apabila menggelegak, masukkan daun kunyit, kentang dan perasakan dengan garam dan gula. Biar sehingga ayam empuk.

  6. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biar mendidih seketika dan sedia dihidang