Resepi Ayam Bakar Cili Padi - Seminit Resepi

Ayam Bakar Cili Padi



Resepi :  Ayam Bakar Cili Padi

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Ayam

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang holand
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 tbsp sos lada hitam
  • 1 tbsp kicap cair
  • 2 tbsp stok ayam

Bahan Sambal

  • 3 tangkai cili hidup
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tbsp air
  • tepung jagung
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Belah-belah dahulu ayam untuk mudah masak. Kisar semua bahan perapan dan lumur kan pada ayam.

  2. Balut kan ayam dengan aluminium foil dan bakar suhu 200c selama 1 jam.

  3. Selepas 1 jam, buka aluminium foil dan sambung bakar suhu 220c selama 20 minit untuk dapat effect hangus pada ayam

  4. Kisar bahan buat sambal dan masak selama 20 minit.

  5. Perasa kan dan masukknan bancuhan air tepung jagung.

  6. Ayam bakar cili padi sedia dihidang bersama sos cecah.